IBU...
HATI KU SEDIH MENGENANGKAN
DIRIMU WAHAI IBU KU SAYANG...
DISAAT IBU MENGHEMBUSKAN NAFASMU
KU TIADA DISISI MU
KERANA MALANG TELAH MENIMPA DIRIKU INI
WAHAI IBU KU SAYANG....
KINI KU TERASA AMAT SEDIH
BILA HARI BAHAGIA KU MENJELANG
KAU TIADA LAGI DISISI KU INI...
KU RINDUKAN BELAIAN MANJA DARIMU
WAHAI IBU KU SAYANG
HATI TERAMAT SEDIH KINI KERNA KAU TIADA
DISAMPING KU KINI...
IBU...
ANDAI KAU MASIH ADA
SUDAH PASTINYA IBU ORANG
YANG PALING SIBUK MENGURUSKAN
MAJLIS PERKAHWINAN KU...
NAMUN KINI HANYA TINGGAL KENANGAN
YANG TAK MUNGKIN KU LUPAKANNYA
HATI KU SEDIH KERNA IBU KINI TELAH TIADA...
KALI TERAKHIR KULIHAT WAJAHMU
IBU DISAAT DIRI MU DI KAFANKAN
BERDERAI AIRMATA KU MELIHAT
TUBUH MU DIKAFAN....
HANYA TUHAN YANG TAHU BETAPA SEDIH NYA
HATI KU TIKA ITU...
TINGGAL KU SENDIRIAN SAAT ITU
TANPA IBU DISISI KU...
AKAN KU SIMPAN DAN GUNAKAN
SEGALA PESANAN MU ITU
WAHAI IBU KU SAYANG
HILANGMU IBU TIADA PENGANTIN NYA
NUKILAN RASA
ANGGERIK RIMBA
No comments:
Post a Comment