Sunday, February 23, 2014
SUP KETAM
SUP KETAM
Bahan-bahan:
5 ekor ketam - dibersihkan
1 labu bawang - dihiris
1 inci halia - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 batang serai - diketuk
1 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 biji tomato - belah 4
1 batang lobak merah / saderi / sayur pilihan hati - potong kecil
1 ikat daun sup & bawang
Air
Garam
Minyak untuk menumis
Bawang goreng - untuk hiasan
Cara penyediaan:
Tumiskan semua bahan yang dihiris dan serai sehingga wangi.
Masukkan lada hitam juga.
Masukkan air & biar mendidih.
Jika sayur anda lobak, masukkan lobak tetapi jika sayur lembut jadi pilihan, masukkan akhir sekali
Setelah lobak masak, masukkan ketam.
Rasakan garam.
Akhir sekali masukkan tomato dan tutup api.
Taburkan daun sup & bawang serta bawang goreng.
Sedia dihidangkan.
Tips : Ketam mempunyai banyak khasiat. Di antaranya:
#1 rendah kalori
#2 dipercayai boleh merawat deman denggi
#3 tiada lemak bahaya
#4 mempunyai lemak tidak tepu - dikatan sesuai untuk pesakit jantung
#5 sumber vitamin A, C, B termasuk B12 serta mineral seperti zink
#6 sumber semula jadi omega 3 asid lemak
#7 mempunyai beberapa kromium
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Such an amazing post
ReplyDeleteNice work
check this for more-http://freeprintablecalendar123.com/2016/09/13/october-2017-moon-phases-calendar/ and
http://freeprintablecalendar123.com/2016/09/06/october-2016-printable-calendar-templates/
You may love it
Thank You!