Thursday, November 21, 2013

Mee Hailam

  • Bahan-bahan ( Hidangan untuk 4 )

  • 1/2 kg. mee kuning
  • 1/4 kg daging ayam dan daging lembu
  • 10 ekor udang (sedang)
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah ( ditumbuk)
  • 1 sudu besar cilibo
  • 1 ikat sawi hijau
  • 1 potong kobis
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 bungkus ‘baby corn’
  • 2 tangkai daun sup dan daun bawang
  • 2 biji limau nipis
  • Sos cili dan sos tomato Kicap
  • 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan setengah cawan air

PAIS IKAN (pelbagai jenis ikan)

Bahan-bahannya:

7 ekor ikan kembong sederhana besar
20 tangkai cili kering dikisar
7 biji bawang merah dikisar
2 biji bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
1/2 inci kunyit hidup dikisar
2 batang serai dikisar
1/4 cawan air asam jawa pekat ( digunakan untuk mengisar, sekiranya sukar boleh tambah sedikit air lagi)
garam, gula dan perasa secukupnya
daun pisang secukupnya
aluminium foil secukupnya


Percutian di Cameron Highland

















Ayam Buttermilk(Udang,Ayam,Sotong ,Ketam)

Bahan-bahannya :
ayam yang telah di potong kecil-kecil [perap sekejap dengan kari]
3 sudu besar butter [ikut kesesuaian pada ayam banyak ataupun sedikit]
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 tin susu cair
3 bijik bawang kecil - hiris
3 bijik bawang putih - hiris
cili api - di potong [kalau nak pedas letak banyak kalau taknak pedas tak payah letak]
beberapa tangkai daun kari [lebih kurang 3 batang tangkai daun kari]


Ketam Telur Masin


1 kilo ketam
1 cawan tepung ubi
minyak untuk menggoreng
3 biji telur asin (merah)
5 biji cili padi, dicincang
2 tangkai daun kari
3 sudu besar mentega
1/2 sudu besar garam /secukup rasa
1/2 sudu teh lada
gula secukup rasa
3 sudu besar susu cair

Ketam dibelah 4.
Kukus telur masin (bhgn merahnya) selama 3-4 minit.
Lumurkan ketam dengan tepung ubi. Goreng dalam minyak (deep fry) sehingga garing.
Cairkan mentega dalam kuali, masukkan daun kari dan cili api sehingga wangi. Tambahkan telur merah, kacau sehingga telur berpalut dengan mentega.
Tambahkan lada, gula dan garam secukup rasa. Masukkan susu cair dan masukkan ketam.
Hidangkan segera.

Ayam Goreng 13 Perencah


1 ekor ayam - potong 16

Bahan-bahan berikut digiling halus dan perap dengan ayam sekurang-kurangnya 5 jam:
10 ulas bawang merah
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar garam
2 sudu besar madu
2 sude besar kicap pekat
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 batang serai
2 sudu besar air asam limau
1 sudu kecil serbuk kas-kas

Acar Ikan Kering

1kg ikan masin - potong 1/2" X 2". (Mak gunakan ikan kurau).Goreng garing dan ketepikan.Tumiskan daun kari (lebih kurang 7 tangkai) ke dalam minyak gorengan ikan.Tambahkan bahan berikut yang dimayang halus:3 inci halia muda
  • 3-4 bawang besar
  • 15 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering (dipotong lebih kurang 1 inci)
  • 2 sudu besar biji sawi
  • Kisar halus bahan berikut:
  • 30 tangkai cili kering
  • 20 ulas bawang merah
  • 10 biji kurma
  • 10 ulas bawang putih
  • 3 labu bawang besar
  • 2 kiub ikan bilis
  • 2-3 sudu besar udang kering
Masukkan ke dalam bahan yang telah ditumis garing tadi.Masak sehingga pecah minyak.Tambahkan 2-3 sudu kecil serbuk kunyit, 1/2 - 1 cawab gula, 1 cawan cuka.Perisakan dengan garam secukup rasa.Masukkan ikan dan kacau sebati.Tambahkan bijan sekiranya suka.

Udang Telur Asin


10 ekor udang besar
- digoreng garing dan ketepikan (goreng guna butter)

4 biji telur asin (ambil kuningnya sahaja)
4 sudu besar mentega
1 sudu besar gula
1/2 sudu besar stok ayam (pilihan)

  • Panaskan mentega, masukkan telur dan gula.
  • Kemudian masukkan udang yang digoreng dan kacau rata.

Resepi Daging Burger Homemade

1 kilo daging
- kisar dalam food processor.  Saya gunakan daging batang pinang.

1 labu bawang besar - didadu
5 ulas bawang putih - didadu
1 biji tomato - didadu (resipi asal gunakan tomato paste, tapi sebab tak ada kat rumah masa tu dan malas nak pergi kedai, saya gunakan tomato segar)
2 sudu besar serbuk roti
1 biji telur
Sedikit lada hitam yang dikisar (Jimmy Oliver kata, "freshly grounded")
Sedikit garam dan gula
3-4 sudu besar minyak zaitun

Gaulkan semua bahan di atas dengan daging kisar tadi.
Bentukkan macam daging burger (saya gunakan acuan untuk buat telur goreng mata kerbau)
Bekukan dalam peti sejuk.