Pegaga memang popular di lakangan masyarakat kita. Tidak kira sama ada ia di makan segar atau di masak. Pegaga hebat kerana ia banyak khasiat yang berguna. Bukan setakat daun sahaja, bahkan tangkai, batang, buah, bunga dan akarnya turut berguna. Pegaga juga dianggap ulam awet muda. Namun, bersederhanalah dalam pengambilannya. Ini kerana, masyarakat Indonesia percaya, pengambilan pegaga secara berlebihan mampu menyebabkan penyakit reumatisme. Manakala kajian lain pula mendapati pengambilan pegaga yang terlalu banyak boleh menyebabkan kesan narkotik dan keracunan kumulatif.
Dalam bidang perubatan tradisional, pegaga digunakan sebagai agen anti alahan, anti kanser, perangsang pengeluaran air kencing, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar penyakit kencing berdarah, kusta, gonorea, luka, kudis dan sakit kerongkong.
Manakala bagi ibu-ibu yang sedang berpantang selepas melahirkan anak pula, amalan meminum jus pegaga segar bagus demi membaik pulih kesihatan organ-organ dalaman. Bahkan, amalan ini boleh diteruskan oleh wanita selama mana yang mereka mahu.
No comments:
Post a Comment