Daun dan batang saleri selalu digunakan untuk menambah aroma dalam masakan berkuah. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, karoten, vitamin A, B-Complex, C dan magnesium. Dalam perubatan tradisional saleri dipercayai membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Saleri juga bertindak melancarkan pengaliran dan pusingan haid serta mengatasi masalah keputihan. Terbukti, saleri bukan sahaja mengenakkan masakan bahkan turut membawa kebaikan dalam kesihatan wanita.
Saleri juga berkesan dalam merawat penyakit kulit seperti jerawat, ruam dan eczema. Kandungan garam galiannya bertindak menghapuskan pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah, sekali gus memulihkan sifat alkalinya.
No comments:
Post a Comment