Friday, January 17, 2014

Peria pahit jadi penawar



Peria ada pelbagai jenis dan rupa. Hampir kesemua peria mempunyai rasa pahit dan payau. Namun, peria adalah ulam yang paling banyak mendapat perhatian pakar perubatan moden hari ini. Tanaman ini berasal dari China dan masyarakat di sana memang telah lama menggunakan ulam ini dalam perubatan tradisional mereka antaranya untuk merawat asma dan haid terlewat.

            Di Australia, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara, peria adalah antara ramuan penting untuk kajian kes merawat leukemia, HIV dan AIDS. Peria di dapati mampu meningkatkan semula sel imun dalam tubuh manusia. Selain itu, peria dipercayai membantu mengurangkan risiko beberapa penyakit sampingan akibat jangkitan HIV, misalnya arthritis, herpes, tuberkolisis dan penyakit kulit.

            Sekumpulan pakar penyelidik di Amerika Syarikat telah berjaya mengasingkan sejenis protein yang terdapat di dalam peria. Protein yang dinamakan sebagai MAP-30 ini terdapat dalam biji dan kulit ulam tersebut. Selain mengawal penyakit-penyakit virus seperti herpes dan poliomaelitis, ianya juga membantu mengahalang penyakit tersebut daripada membiak dan merebak dari satu sel ke sel yang lain.

No comments:

Post a Comment